Tajuk di atas, "pakai seksi punca rogol,maksiat,raba dsb" !! betulkah begitu ? Sebagai seorang yang waras, jawapannya ialah "ye". Kita ditegah dari berpakaian seksi dan mendedahkan aurat kepada mereka yang tidak sepatutnya iaitu lelaki yang bukan suami kita. Jadi adakah kita tidak boleh pakai seksi. Tidak boleh pakai kebaya, tidak boleh pakai jean, tidak boleh pakai tshirt ketat, tak boleh pakai bikini masa nak mandi ? 
Kalau semuanya tak boleh kerana takut kena raba tak payahlah pakai. Jadi kita silap, disebabkan takut kena raba,takut dipanggil punca maksiat, maka terpaksalah kita tutup habis-habisan semua anggota badan. Kalau dah semua ditutup apa yang suami nampak ? Dalam blog ini, saya tidak pernah menyuruh anda memakai seksi selain dari untuk suami. Banyak kali saya tekankan perkara yang sama. Berpakaian seksi memang diharamkan di luar rumah, tetapi berpakaian seksi sangat-sangat digalakkan semasa bersama suami. Kerana tujuannya untuk memacu ghairah dia dan juga untuk menimbulkan keyakinan diri pada anda sendiri. 
Apa yang berlaku sekarang adalah terbalik. Bila diluar rumah bukan main pasang badan. Berkebaya ketat ikut bentuk badan. Belah sampai ke peha. Tumit tinggi 4 inci. Siapa yang tak geram ? Naik LRT kena raba, tau pulak marah. Yang pi tunjuk buat apa ? Akibatnya , suami dapat "kuah" lebihan orang lain.
Anda tentu tau, yang ditutup sikit-sikit itulah menjadi keghairahan lelaki. Sudah kah anda membaca posting saya mengenai M.E.T ? kalau belum sila baca disana. Apa yang saya nak sampaikan ialah jangan berpakaian seksi diluar rumah, itu adalah hak suami anda sahaja. Tutuplah segala-galanya. Tapi seksilah sepuas-puasnya bila di depan suami, insyaallah hasilnya lumayan dan mendapat pahala.
Suami pun kena faham, kalau tengok isteri tu pasang badan sikit, tegur dia "awak ni pakai seksi-seksi ni untuk siapa ? Untuk saya ke, untuk orang lain ?" Isteri pun kena faham hak suami. Tubuh badan anda yang seksi tu adalah untuk suami bukan untuk tontonan umum. 
Jangan kita sampai dikatakan agen maksiat. Malulah suami. Jangan marah kalau kena raba oleh orang lain kerana kita sendiri yang menjadi puncanya. Tak ada buaya yang tolak bangkai, tak ada kucing yang tolak ikan. Hatta singa tua yang tak ada gigi pun akan melompat bila disuakan daging segar padanya, Andalah daging segar tu. 
Berpakain seksi tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ditempat yang betul,masa yang betul dan untuk orang yang betul. Dan begitulah sebaliknya. Jangan salahkan pakaian atau lingerie seksi itu. Terpulang kepada cara kita menggunakannya. 
Sebagai contoh. Anda menggunakan handphone untuk menyebar sms fitnah. Menghantar berita-berita layang.Provokasi mengumpat dsb, adakah anda akan salahkan handphone ? Samalah macam pakaian seksi, anda kena raba,kena pegang,kena tepuk punggung, kena jeling dek lelaki lain kat betis anda yang terdedah sebab pakai kain belah sampai ke peha (kat belakang lak tu). Adakah anda akan salahkan pakaian seksi anda. Orang akan berkata "itulah kau, pakai seksi sangat, bukak sana, bukak sini. Belah sana belah sini memanglah kena raba. Lainkali jangan pakai seksi-seksi lagi. Pakaian kau tu yang sebabkan kau kena raba" 
Berapa ramai yang berkata, "kau pakai seksi ni tak salah tapi yang kau pakai kat public ni apahal ? tu sebab kena raba. Kalau nak pakai seksi, pakai depan husband. Jangankan kena raba, kena "gulai" pun tak salah". Setuju.
Kesimpulannya:
1.Jangan pakai seksi di luar rumah
2.Pakai seksi abis masa kat rumah
3.Jangan salahkan pakaian seksi sebab kena raba, sebaliknya salahkan diri sendiri
4.Jangan lepaskan peluang nak pakai seksi, kerana ini adalah satu cara untuk menunjukkan aset anda yang sebenar. Cuma pakailah untuk suami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment