Jom kita lihat apa lagi perbezaan antara Suami Dahulu dan Suami Sekarang..
Suami Dahulu:
- Merupakan sumber utama pencari nafkah buat anak dan isteri. Urusan rumah tangga, mengasuh dan mendidik anak di tolak bulat-bulat ke tangan isteri. “Fifi, apa lari2 ni? Abah nak tido pun tak senang…Phang!!!..pergi nangis kat mak kamu tu..karang abah besit dengan tali pinggang ”
 - Tidak pernah mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari lahir isteri dan anak-anak. “Hari ni 12 Februari, Esok 13 Februari, Lusa 14 Februari, yang awak ni beli coklat ngan bunga sejambak ni nak buat masak apa?”
 - Amat kurang membantu isteri di rumah. “Ikut suka hati awaklah nak masak apa ayam tu. Ada otak, pikir2 sendiri..”
 - Punyai ego yang amat tinggi. Contohnya, berasa amat malu untuk membantu tugasan rumah tangga seperti menyidai pakaian. “Argh..takde kerja abang nak nyidai kain2 ni. Karang satu taman gelar awak tu Queen Control. “
 - Terlalu tegas serta tidak bijak menawan hati isteri. “Awak ni tak reti-reti nak ngemas umah? Pinggan-mangkuk tak basuh, baju bersepah2! Argh..Buat kopi kapal api pun lembab..Kalo macam ni abang balik umah bini muda lah.”
 
Suami Kini:
- Pencarian nafkah, pengurusan rumah tangga, mengasuh dan mendidik anak dilakukan bersama-sama dengan isteri tercinta. “..ayang, anak kita dah tanggal tali pusatlah yang…ayang rehatlah, biar abang pigi mandikan baby kita”
 - Pandai mengambil hati isteri dengan mengingati hari-hari istimewa seperti hari lahir, hari perkahwinan, hari pertemuan pertama dan juga hari lahir anak-anak. Pasti ada sahaja kejutan dibuat seperti menghantar hadiah seperti bunga, kek atau hadiah-hadiah yang pasti menjadi idaman isteri dan membawa makan di luar bagi meraikan hari tersebut. “..ayang suka tak, abang dah book hotel 5 bintang kat Madinah. Tahun ni, kita celebrate hari pertama ayang balas sms abang, kat sana ye? Kita terus buat umrah sekalilah ye..”
 - Ringan tulang untuk membantu isteri di rumah kerana memikirkan isteri juga penat setelah bekerja dan mencari nafkah di luar. “..ayang..abang dah masak nasi dah. air pun abang dah jerang. bawang merah, bawang putih abang dah kupas. lada kering abang blander..ayam yang abang kuarkan dah dari peti tu dah lembik abang rendam 2jam..apa kata ayang masak sambal ayam je hari ni. Senang sikit kerja ayang..”
 - Bertolak ansur dan turut menguruskan rumah tangga bersama-sama. “..hari ni biar abang mop lantai pulak.ayang sapu2lah rumah dulu ye..abang pigi bancuhkan air mop,k”
 - Mengasuh dan menguruskan anak dibuat bersama-sama isteri bagi meringankan beban isteri. “haha..ayang tau tak anak kita pancut kat muka abang masa abang tukar diaper dia. Abang rasa seronoklah pulak. Nanti anak kita berak ke, kencing ke, biar abang jelah yang handlekan,k.. “
 
.jpg)
No comments:
Post a Comment