Tuesday, September 30, 2008
1001 wonderful places from johor...
RAMAI yang menggeleng kepala apabila diajukan soalan bagaimana menghabiskan percutian di Johor Bahru. Hakikatnya, bandar raya paling selatan ini menjanjikan seribu satu tarikan yang jarang diterokai.
Kesempatan mengikuti rombongan media anjuran majalah pelancongan, Gaya Travel Nusantara (GTN), baru-baru ini, membuka mata penulis mengenai keunikan negeri paling selatan ini.
Berbanding negeri lain, kebanyakan lokasi menarik terletak dalam lingkungan kurang sejam perjalanan dari ibu negeri Johor itu.
Untuk mereka yang kali pertama ke sini, mulakan kembara di tengah kota dengan mengunjungi Istana Besar dan Muzium Diraja Sultan Abu Bakar.
Bangunan berdepan dengan perairan ini pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Johor sebelum pembinaan Istana Bukit Serene.
Ia menempatkan muzium yang menyimpan sejarah perjuangan orang Melayu menentang kuasa penjajah.
Asalnya, istana yang dibina pada 1866 ini beberapa kali diubah suai. Pelbagai koleksi diraja termasuk perabot berukir buatan Perancis dan kerusi makan kristal hasil dari Jepun.
Selain itu, pengunjung pasti tertarik dengan lukisan cat minyak Sultan dengan motosikal kegemaran baginda, artifak dan haiwan awet hasil buruan sultan terdahulu.
Walaupun bertukar fungsi bagi memenuhi peredaran masa, ia masih digunakan untuk beberapa upacara rasmi.
Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan adalah antara pejabat kerajaan tercantik yang pernah dibina di negara ini. Keunikannya terletak pada seni bina era kosmopolitan dan gaya Renaissance, dengan sentuhan pengaruh Anglo-Melayu.
Bangunan ini yang siap sepenuhnya pada 1942 ini membuktikan Johor antara negeri terawal yang meniru model pentadbiran British.
Masjid Sultan Abu Bakar yang siap sepenuhnya pada 1900 menjadi satu lagi destinasi mesti kunjung apabila bersiar-siar di Johor Bahru. Seni bina `“Moorish” dan pengaruh Victoria yang kuat memberi gaya klasik kepada bangunan ini.
Makam Diraja di Jalan Mahmodiah berdekatan Kampung Mahmodiah dan Hyatt Regency Johor Bahru pula menjadi tanah perkuburan untuk keluarga diraja Johor.
Dari jauh, kelihatan seni bina makam ini yang unik dengan persekitaran yang aman dan tenang. Tidak keterlaluan dikatakan, ia antara kawasan makam tercantik yang sentiasa dipulihara dengan baik.
Tarikan semula jadi
Jika bangunan bersejarah tidak menarik minat, Zoo Johor yang bertentangan dengan Masjid Sultan Abu Bakar ini amat popular di kalangan pengunjung dari seberang tambak Johor.
Manakala untuk mereka yang gemarkan kehijauan, boleh berkunjung ke Air Terjun Kota Tinggi yang sudah lama mendapat reputasi sebagai destinasi berlibur hujung minggu di kalangan warga tempatan.
Air yang mengalir dari ketinggian 34 meter ini mengalir dari mata air di Gunung Panti. Berikutan popularitinya, ada kemudahan penginapan bajet bagi memenuhi kebanjiran pengunjung terutama pada hujung minggu.
Tarikan lain
>Muzium Nanas, kilometer 52, Jalan Pontian
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat cara penanaman dan mencuba sendiri hasil produk keluaran tempatan. Ada lebih 18 jenis nanas boleh dilihat termasuk nanas madu dan nanas bunga IPRS.
>Muzium Bugis, Pontian
Muzium mempamerkan lebih 1,500 koleksi dan artifak lama Bugis. Muzium di laluan utama Kukup ini mempamerkan jenis mata wang lama, setem tembikar, botol dan pakaian berusia lebih 100 tahun.
Selain melihat koleksi pakaian dan artifak, pengunjung ke muzium yang berusia 24 tahun berkenaan dapat melihat keajaiban kelewang Bugis yang
boleh berdiri dengan sendirinya tanpa dipegang.
>Taman Negara Tanjung Piai
Diiktiraf sebagai titik paling selatan Asia, ia juga menjadi destinasi ideal untuk mereka yang kaki pancing di kelong berdekatan. Pengunjung boleh memilih untuk tinggal di beberapa hotel bajet di sini.
Mesti cuba di sini adalah makanan laut yang dijual dengan harga jauh lebih murah. Selain itu, penginapan homestay dengan aktiviti seperti mengunjungi ladang ternakan lebah boleh diaturkan.
Makan-makan
Ketua Pengarang GTN, Juhan Kamarudin menyarankan pengunjung yang kali pertama ke sini mencuba mi rebus tulang di ZZ Cafe, Jalan Mariamah.
Sedap Corner berhampiran Hyatt Regency dan Hospital Sultanah Aminah popular untuk masakan Melayu. Warung Saga pula menempatkan pelbagai imej berkaitan sejarah Johor.
Untuk makan malam, anda boleh mencuba hidangan dalam suasana desa di Anjung Warisan, Jalan Pitrie. Kawasan sekitar Danga Bay juga menyediakan pelbagai pilihan restoran.
Beberapa gerai `stimbot’ yang murah dan sedap boleh didapati di parkir berhampiran Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Untuk penggemar makanan laut, pandu menghala ke Permas Jaya untuk ke Senibong. Atau menghala ke deretan gerai dengan pelbagai pilihan menu di Stulang Laut yang dibuka hingga awal pagi
beautiful places from Kuala Penyu
Pengenalan dan lokasi
Pulau tiga pada mulanya merupakan Hutan Simpan, bagaimana pun, kawasan tersebut telah ditawarkan sebagai Taman Negara Sabah, pada tahun 1978.
Taman Negara pulau Tiga (sekarang dikenali Taman Pulau Tiga) meliputi keluasan 39,000 ekar (15, 864 hektar). Pulau Tiga sendiri, mempunyai keluasan 1,500 ekar (607 hektar), manakala selebihnya adalah meliputi kawasan laut bunga karang termasuklah dua pulau kecil yang dikenali sebagai Pulau Kalampunian Besar dan Kalampunian Damit (Pulau Ular).
Taman Pulau Tiga, terletak di kawasan Teluk Kimanis, kira-kira 50 kilometer dari Kota Kinabalu. Pekan Kuala Penyu adalah merupakan pekan dan daratan yang terdekat dengan Taman Pulau Tiga, iaitu kira-kira 16 kilometer. Para pengunjung boleh datang ke Taman tersebut dengan menaiki bot dari Kuala Penyu. Biasanya perjalanan dengan bot memakan masa lebih kurang 25 minit. Para pelawat dari Kota Kinabalu atau W.P. Labuan, boleh menggunakan speed boat (bot laju) dan biasanya memakan masa 90 minit.
Daya tarikan yang terdapat di Taman Pulau Tiga
Selain daripada keunikan alam semulajadi yang masih belum tercemar, seperti hutan dara, tumbuhan bakau (mangrove), pantai-pantai yang berkilauan, di Taman Pulau Tiga memberi peluang kepada para pelawat untuk melihat lebih kurang 60 spesis burung, termasuklah burung Tambun (Megapodius freycinet) yang merupakan endemik species, di kepulauan Borneo. Selain daripada burung-burung, Taman Pulau Tiga juga turut dihuni oleh beberapa jenis binatang liar seperti Monyet (Maccaca Fasicularis), biawak (Eguana) dan berpuluh ribu ekor Keluang (Flying fox). Manakala di Pulau Kalampunian Damit (Pulau Ular), para pelawat dapat menyaksikan beratus-ratus ekor ular laut (Laticuda Calubrina) yang menjadi penghuni tetap di pulau tersebut. Pulau Ular (Snake Island) sejak kebelakangan ini telah menjadi tumpuan para pelawat dari luar negara.
Para pelawat yang berminat dengan hidupan laut (Marine life) pasti akan merasai satu kepuasan apabila menyaksikan beraneka jenis hidupan laut, termasuklah bunga karang, yang terdapat di Taman Pulau Tiga, dan adalah dipercayai terumbu karang ini di antara yang tercantik di dunia.
![]()  |  
| TAMAN PULAU TIGA: Terletak sekitar 15 km dari Kuala Penyu, terdiri daripada tiga buah pulau iaitu Pulau Tiga ( Pulau yang terbesar - seluas 607 ha, Pulau Kalampunian Besar dan Pulau Kalampunian Damit [ juga dikenali Pulau Ular ] ) dan juga perairan dan terumbu karang di sekitarnya. Taman yang meliputi kawasan seluas 15,864 ha ini telah diwartakan sebagai taman pada 1978.  |  
Pulau Redang, Terengganu, MALAYSIA
Pengenalan
   
Pulau Redang terletak di luar pantai Negeri Terengganu. Ia adalah antara pulau-pulau yang mempunyai pantai tercantik di dunia. Pelbagai hidupan laut yang biasa dan luar biasa dapat dilihat di sini. Taman Laut (Marine Park) nya menjadi kunjungan pelancong seluruh dunia. Sayang sekali kalau orang tempatan tidak menikmati kelebihan tempat sendiri. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan bot laju dari jeti pantai Merang. Pantai Merang terletak lebih kurang 40 km ke utara Kuala Terengganu menyusuri jalan pantai. 
 
Seperti Langkawi di Kedah, Pulau Redang adalah gugusan pulau-pulau kecil dan besar. Salah satu pulau ini ialah Taman Laut (Marine Park) yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. 
 
Aktiviti
   
Snorkeling sangat popular di sini. Pantainya yang landai dan cetek. Pasirnya putih bersih. Airnya jerneh. Anda tidak perlu pergi jauh untuk melihat hidupan laut beraneka jenis, bentuk dan warna. Ikan-ikan ini sangat jinak seperti dipelihara. Mereka akan menghampiri anda hanya dengan beberapa menabur cebisan roti dan biskut  di permukaan air. Anda tidak perlu pandai berenang untuk aktiviti snorkeling kerana ianya berlaku di tepi pantai di dalam sempadan yang dilingkungi oleh rantaian pelampung. Tanda sempadan ini diletakkan oleh Jabatan Laut untuk melindungi snorkelers dari dilanggar bot yang berulang-alik dari pulau ke pulau ataupun skuter air atau ski air.  Kesimpulannya snorkeling ialah aktiviti yang paling selamat, mudah dan sesuai untuk semua golongan umur. Peralatan snorkeling disediakan oleh tour operator dan selalunya termasuk dalam pakej pelancongan.
 
Satu lagi aktiviti popular di sini ialah selaman skuba (scuba diving).
Jika snorkeling tidak perlu pengalaman dan sesuai untuk kanak-kanak, scuba diving hanyalah untuk mereka yang terlatih. Peralatan termasuklah pakaian khas, balang gas oksigen, bot  dan pemandu yang mesti disewa. Kemudahan sewaan peralatan ini terdapat di Taman Laut dan juga resort-resort lain. Aktiviti ini popular di kalangan pelancong luar negara. 
 
Sukan air lain seperti ski air, skuter air disediakan oleh resort-resort yang beroperasi di kepulauan Redang. Sukan air bermotor tidak dibenarkan di Taman Laut dikhuatiri merosakkan hidupan laut seperti ikan-ikan exotik dan terumbu karang. Gelanggang bola tampar pantai boleh dilihat di sepanjang pantai di mana ada resort. 
 
Perkhemahan berkumpulan juga dianjurkan tetapi semakin berkurangan sekarang. Rujuk kepada tour operator anda.
 
Taman Laut ialah kawasan terpelihara. Pelancong dilarang membawa keluar semua jenis hidupan laut dari kawasan ini. Pada hari saya ke sini sebuat bot TLDM lengkap bersenjata kelihatan membuat rondaan mengawal keselamatan kepulauan Redang. Selain ancaman lanun, terdapat juga bot-bot menangkap ikan haram  di sekitar kawasan ini. Kita mengucapkan syabas kepada tentera laut kita!
 
Tiada bayaran dikenakan untuk memasuki Taman Laut. Saya rasa ianya sebahagian dari tambang bot.
 
 

Suasana lengang di jeti pendaratan bot di Taman Laut (Marine Park) melewati waktu tengahari. Pelancong membanjiri kawasan jeti ini untuk snorkeling di awal pagi. Pengusaha bot pelancong  selalunya bertolak awal ke Redang dan pulang pun awal ke  tanah besar (jeti Merang) untuk mengelakkan ribut dan ombak besar di waktu lewat petang. .
 

Snorkeling di tepi pantai. Pastikan anda dan anak anda memakai jaket keselamatan.
 
 
 

Kebersihan tanggongjawab setiap orang! Tong sampah seperti ini adalah pandangan biasa di Taman Laut.
 

DI resort inilah kami singgah sekejap untuk makan tengahari. Perjalanan dari pulau ke pulau menggunakan bot yang sama dari jeti Merang ke Taman Laut. Resort seperti ini menyediakan kemudahan selaman skuba.
 

Island for sale, anyone? Salah sebuah tanjung di Redang.
 

Kejernehan air laut seumpama di kolam renang. Pantai yang cetek sesuai utk kanak-kanak bersnorkeling.
 

Sebuah bot TLDM bersenjata lengkap mengawasi perairan Redang.
 
 

Bot laju ini mengambil masa lebih kurang 45 minit ke Pulau Redang dari jeti Pantai Merang, bergantung kepada keadaan cuaca. Tambang 2-hala RM50-RM60.
 
 
Mahal ke nak pi Pulau Redang?
   
Tambang bot pergi-balik (Jeti Merang – Pulau Redang – Jeti Merang) lebih kurang RM50-RM60.
Pakej bernilai RM150 seorang (minima 15-20 orang) boleh dirunding di luar musim puncak (peak season). Pakej ini termasuk tambang bot pergi-balik, makan tengahari, lawatan ke Taman Laut dan beberapa pantai menarik.
 
Tambang teksi dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Jeti Merang lebih kurang RM60 sehala.
Tambang untuk satu teksi dari stesen teksi bas di tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu ke Jeti Merang lebih kurang RM35.
Tambang bas --- tidak diketahui!
 
Macam mana nak pi sana?
   
Ada beberapa kaedah pengangkutan hendak ke Pulau Redang. 
 
Kapalterbang:
Malaysia Airlines dan Air Asia mempunyai penerbangan terus dari KLIA ke Kuala Terengganu. Dari KT anda boleh menaiki teksi ke Jeti Pantai Merang.
 
Memandu:
Jika anda dari Kuantan, Pahang, anda akan melintasi Bandar Kuala Terengganu terlebih dahulu. Ikut tanda arah ke Kota Bharu. Selepas menyeberangi jambatan Sultan Mahmud yang merintasi Sungai Terengganu, anda akan sampai ke sebuah bulatan (lebih dikenali sbg bulatan Batu 6). Ikut arah ke Batu Rakit dan Penarik. Jarak dari KT ke jeti Pantai Merang lebih kurang 40 km. 
Jika anda dari Kota Bharu, Kelantan, belok ke kiri di Bandar Permaisuri. Ikut tanda arah ke jeti Pulau Redang (jangan keliru dengan jeti ke Pulau Perhentian yang terletak di Kuala Besut!)
 
Nota: Jika memandu ikut had laju yang ditetapkan. Jangan jadi sebahagian drp statistik kemalangan jalanraya.
 
Sampai di jeti Merang, anda kena naik bot ke Pulau Redang. Bot laju mengambil masa 45 minit. Kebanyakan bot bertolak pergi awal pagi dan bali awal tengahari kerana selalunya laut bergelora di waktu petang. Jeti Merang tidak mempunyai banyak kemudahan dan sangat sibuk di musim cuti (umum atau sekolah). Jika anda memandu sampai ke jeti, kereta boleh disimpan di sini sehingga beberapa lama dengan sedikit bayaran (macam Kuala Kedah atau Kuala Perlis untuk ke Langkawi). Ada kawasan berpagar dan pengawal keselamatan. Bayaran mengikut hari dan kereta. Saya tak pasti berapa RM.
 
Nak dok mana?
  Bila sebut Redang, orang akan merujuk kepada Taman Laut atau Marine Park. Tiada tempat-tempat menarik lain di sekitar Redang jika anda bukan penggemar sukan air. Selalunya lawatan ke Redang  adalah lawatan hari (day trip). Pelancong akan datang pagi dan balik pada waktu petang dan kebanyakan pakej begitulah. Jika anda ingin tinggal lebih lama, banyak resort dari chalet hinggalah ke hotel 5 bintang. Antaranya Laguna Redang Resort dan Berjaya Redang Resort. Berjaya Redang Resort mempunyai lapangan terbang sendiri untuk penerbangan terus dari KLIA. Jika anda suka, anda juga boleh menginap di tanah besar di sekitar Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Merang. Banyak tempat penginapan di sini seperti International Park Inn, Hotel Grand Continental, Hotel Seri Malaysia (semuanya di KT) dan Gem Beach Resort (di Batu Rakit). Sutera Beach Resort terletak di Merang. Rujuk laman web hotel-hotel berkenaan untuk kadar dan kemudahan.
  
Sebuah resort 4-bintang atau lebih di Pulau Redang – “Laguna Beach Resort”
 
 
Lain-lain pasal Redang 
   
Sedikit sejarah.
Dari segi sejarah, Taman Laut ini berpenghuni tetapi disebabkan pembangunan industri pelancongan yang pesat, penduduk asal pulau ini telah dipindahkan di satu tempat khas siap dengan kemudahan bermasyarakat. Tapak kawasan perkuburan lama di Taman Laut dapat dilihat dengan jelas. Seorang pemandu pelancong tempatan memberitahu saya kuburan ini tidak lagi digunakan sekarang. Penduduk-penduduk tempatan yang telah dipindahkan ke pulau berhampiran akan menziarahi perkuburan di Taman Laut ini pada hari-hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Raya Haji.
A boost for single mothers
SINGLE mothers and their children will not be forgotten no matter how rapidly the society changes. This was evident at a special Buka Puasa session organised by Kampung Tunku assemblyman Lau Weng San and Mas Merah Association for Single Mothers on Wednesday at the welfare home in Petaling Jaya.
About 120 mothers and their children were treated to a sumptuous traditional spread in the company of Lau, Petaling Jaya City Council councillor Tiew Way Keng and other DAP members.
Lau also channelled RM2,500 from the Constituency Development Fund to help in the operations of the home founded by single mother Sharifah Kamariah Syed Ibrahim.
 Festive cheer: Lau presenting a cheque for RM2,500 to single mothers of Mas Merah Association for Single Mothers. “Single mothers have not been given much attention by members of the society and we hope this small contribution can at least help boost their morale and alleviate their burden,” said Lau,
He said other DAP-elected representatives would soon hold Buka Puasa events or Hari Raya open house at their respective areas in the run-up to DAP national-level Hari Raya celebration on Oct 12 in Bangi.
Economy strong enough - DPM
Digital quran now available
INTEL Electronics (M) Sdn Bhd and FTEC Resources Bhd has introduced the FTEC SmartBook that comes preloaded with digital Al-Quran software by Al-Tasneem Sdn Bhd.
This special bundle is targeted at children from pre-school onwards, who can use the netbook as an alternative means to access and learn the Quran. The collaboration is part of Intel’s effort to promote a new usage model for the Intel Atom processor-based netbooks
Guests checking out the newlylaunched digital Al-Quran by Intel, FTEC and Al- Tasneem.“The netbook will enhance interest in studying the Quran and expose children to using computers at a young age,” said Intel Malaysia’s country manager (sales and marketing) Ryaz Patel.
Luxury travel
Many tour operators claim to offer the world’s ultimate vacation, but the honour currently belongs to the Around the World in 80 Ways package - a 30-day trip at a mind-numbing RM3.4mil.
People forced to stay at home or make do with visiting the nearest beach for their vacation may be outraged at the idea of someone forking out US$1mil (RM3.4mil) for a holiday. But there is nothing you can do about it, is there?
So you may as well read about the excesses of a holiday package like Around the World in 80 Ways, and fantasise about it.
“Obviously Around the World in 80 Ways is a take on the famous 19th century novel Around the World in 80 Days. We hope Jules Verne, the author, wouldn’t mind too much!” says Claudia Kozma Kaplan, vice-president of communications of Leading Hotels of the World, the organiser of this super-luxurious trip.
“It was 80 years ago in 1928 that two international legends were launched: the Academy Awards and Leading Hotels of the World.
“To celebrate this mutual milestone, Leading Hotels has drawn on the drama, romance and excitement that made the Oscar-winning movie Around the World in 80 Days so memorable for our holiday version of this epic adventure.
Leading Hotels is going all out to pay homage to the epic film with their own extraordinary journey around the planet.
The novel by Verne has seen various incarnations, including a 1972 Australian animation, a 1989 mini TV series starring Pierce Brosnan, a 2004 film featuring Jacky Chan, and a 2005 video game but the best is still the 1956 classic blockbuster featuring the inimitable David Niven.
For US$1mil, you will be spared niggly details like flight cancellations and delays. You and your partner (yes, the trip is for two persons) will fly in a private jet chartered from Air Partner.
“Every detail has been richly imagined for the couple, but the Grand Tour can be customised to fit your tastes, hobbies and desires. Or you can just leave all the planning to us.
“As a sampling, you might enjoy a camel safari in Dubai in the desert like a Bedouin, a traditional Japanese tea ceremony in Tokyo, couture, and Rolls-Royce Phantom limousine service. In Paris, where else should you dine but at Jules Verne Restaurant, a gourmet experience located in the Eiffel Tower overlooking the City of Lights!”
The only snag is you have no say over the choice of hotels.
True, you will bed in the flashiest suites available but they must all be part of the Leading Hotels group. Which means no Burj Al-Arab in Dubai or the Peninsula in Hong Kong.
Leading Hotels’ in Dubai, the Al Maha, is dandy but pales in comparison with the Burj Al-Arab whose US$11,000 (RM37,500) a night Royal Suite comes with a revolving bed and mirrored ceiling.
In San Francisco, you would have to stay at the relatively unheard-of Campton Place instead of the Fairmont’s US$10,000 (RM34,000) a night penthouse with a dining room that seats 50 and a two-storey domed library.
In Hong Kong, you might be aggrieved to be forced to hunker down at Langham Hotel instead of Peninsula’s US$5,000 (RM17,000) a night presidential suite with direct access to the helipad for a quick getaway, if the need rises.
In New York, you might be peeved not to be able to check into the much-hyped, newly-renovated Plaza Hotel, whose US$15,000 (RM51,000) presidential suite - the world’s most expensive - occupies the entire 18th floor and flaunts a 2,000-bottle wine cellar.
Still, what you do get is hardly a travesty for what you have to pay. Here are some of the places and activities that you can expect:
The Ritz, London
Putting on the Ritz comes easy when you are installed at the Green Park Suite.
Arrive and depart in a Rolls-Royce Phantom. Dine at the Ritz Restaurant.
You will receive two tickets to the Royal Academy, pampering treatments at Ritz Salon’s, an original Isabell Kristensen couture gown for milady and Aquascutum trenchcoat for the gentleman.
The Crillon, Paris
Stay at a historic suite, lunch at Les Ambassadeurs, and take a personal tour of the gourmet kitchens in the city conducted by Chef Jean-Francois Piege.
There will also be limousine excursions, Baccarat gifts and dinner at Jules Verne Restaurant in the Eiffel Tower.
Al Maha Desert Resort & Spa, Dubai
Enjoy the presidential suite. Go for spa treatments, falconry, camel or horse safari.
There will also be a guided tour of Dubai Desert Reserve, where you will be served dinner while watching gazelles and rare oryxs.
A hot air balloon ride is also on the cards.
Taj Mahal Palace & Tower, Mumbai
Receive a champagne welcome at Rajput Suite. Then, personalised shopping, cocktails aboard the yacht Taj on the Arabian Sea, dinner at Chef Oberoi’s Studio and also at the Wasabi, plus drinks at the Harbour Bar.
Taj Lake Palace, Udaipur
Bed down in the Khush Mahal Suite, formerly a royal chamber.
Take a vintage car tour and enjoy a romantic candlelit dinner on a floating pontoon on Lake Pichola.
Rambagh Palace, Jaipur
A champagne welcome at the Prince’s Suite, vintage car rides, therapies in a tented spa, dinner at Suvarna Mahal restaurant and a private visit to Gem Palace to view the jewel collection of the Maharaja and Maharani.
The Langham Hotel, Hong Kong
Your room will be the premier suite. There will be unlimited champagne, a helicopter tour, hand-tailored shirts, lunch at the Tang Court and dinner at the Bostonian.
The Imperial Hotel, Tokyo
The premier suite will be your room for the night. A lavish Japanese kaiseki formal dinner, a customised tour of Asakusa, including a special lunch and tea ceremony, are among the highlights.
The Kahala Hotel & Resort, Honolulu
You will stay at the presidential suite and be serenaded by the Hawaii Symphony Pops Orchestra upon arrival.
Treats include a Hidden Dragon branded jacket by designer Anne Namba, a massage in the spa suite, a dolphin quest experience, a private Chef’s dinner in a gazebo and a curator’s tour of Princess Bernice Pauahi Bishop Hawaiiana Exhibit.
Campton Place, San Francisco
Your money gets you the luxury suite, ensuite dinner for eight, followed by an in-room movie, a limousine tour, 25 DVDs of films shot on location in the city and a limousine ride to Vine Cliff for dinner and wine-tasting. A case of fine wines will be presented to you.
Trump International Hotel & Tower, Chicago
Your room is their grand deluxe riverview suite. The Rolls-Royce Phantom service is at your disposal, and there will be a massage at The Spa and dinner at Sixteen restaurant.
New York Palace Hotel, New York
Stay in the triplex suite and enjoy their Maybach limousine service, a full day’s pampering at Cornelia Day Resort, luxurious pyjamas and robes from Donna Nadeau and dinner for four at the Gilt Restaurant.
If you are consumed with guilt at spending so much money to pleasure yourself, it may make you feel better to know that 10% (RM341,000) of what you pay will go towards the Elton John Aids Foundation.
“If you have another charity in mind, you can donate to the one of your choice,” says Kaplan.
Around the World in 80 Ways is available anytime at your pleasure. To book, e-mail jlondeen@lhw.com
Anwar and DAP leaders convey Aidilfitri greetings
The month was also for celebrating victory in fighting against desires during Ramadan and also against cruelty and injustice.
“I, on behalf of my family and Parti Keadilan Rakyat’s leaders and grassroots, would like to wish Salam Aidilfitri to all Muslims in Malaysia and throughout the world,” he said in a statement yesterday.
DAP national chairman Karpal Singh said Hari Raya was a time for Muslims to extend forgiveness which could be a launching pad for better and cordial relationship among Malaysians irrespective of race or religion.
“We should resolve, in the spirit of Hari Raya Aidilfitri, to make greater efforts to once again get back to the position before May 13, 1969 when all races in the country had shown commendable resilience in forging unity despite our diversity,” he said.
DAP adviser Lim Kit Siang also wished all Muslims Selamat Hari Raya Aidilfitri.
He, however, urged those celebrating to think of Raja Petra Kamarudin and others, including the five Hindraf leaders, detained under the ISA whom he said should be released immediately.
Time to forgive, says Pak Lah
As such, Malaysians should foster and strengthen national unity, he said.
He also said that if there was any issue or problem, everyone should stay calm and patient so that rational and mature action could be taken.
“Do not be overcome by emotions that will lead us to overreact or do something that we may regret.
“If the unity that we have built is destroyed, we may not be able to build it again,” Abdullah said in his Hari Raya message aired on TV at 9pm yesterday.
He said the intention of being open was good but perhaps Malaysians were not ready to accept such openness.
He expressed confidence that all issues and problems on ethnicity and religion could be resolved rationally, “if we sit down together, hold dialogues and discuss, as well as understand and analyse the issues and problems”, adding that the country belonged to all Malaysians and no one had been given a higher status than another.
Abdullah also said the Government realised that the people were not happy with the current political scenario.
“I want to stress that the Government is committed towards the responsibility and the mandate which had been given by the people,” he said.
Abdullah’s wife, Datin Seri Jeanne Abdullah, asked Malaysians to lend a helping hand to the less fortunate during this festive occasion.
Abdullah also asked for forgiveness including on behalf of Jeanne and the family for any wrong they might have done.
Naik 78 sen, turun cuma 25 sen – Salahuddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri telah dua kali mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak dua kali namun harga barang tetap meningkat menyebabakan kadar inflasi mencecah 8 peratus. "Ini menggambarkan kerajaan tidak mempunyai perancangan khusus dalam menangani bebanan rakyat. Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak lebih 40 peratus pada Jun lalu mengundang kenaikan harga barangan di pasaran.
"Tetapi hari ini walaupun dua kali harga minyak diturunkan tapi harga barangan di pasaran masih mahal. Ini masalahnya kerana ketidakupayaan pemimpin yang ada sekarang," katanya. Ogos lalu harga minyak diumumkan turun sebanyak 15 sen dan 24 September lalu turun lagi sebanyak 10 sen, menjadikan jumlah keseluruhan penurunan harga minyak 25 sen. Salahuddin merasakan berdasarkan nisbah Dolar Amerika Syarikat dan harga pasaran minyak negara sekarang, subsidi kerajaan seperti di tanggung oleh rakyat. –Malaysia Today
Malaysia bimbang campurtangan AS
Malaysia menyatakan kebimbangan mereka kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berikutan cubaan Amerika Syarikat (AS) untuk campurtangan dengan mempersoalkan undang-undang dan pentadbiran badan kehakimannya. Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dengan tegas berkata "Jika mahu, kami juga boleh mempersoalkan asas perundangan dalam penahanan tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo, tetapi kami tidak berbuat demikian sepertimana kami juga tidak mempersoalkan tindakan masyarakat dalam bidang kuasa lain,".
"Ia perlu ditegaskan sekali lagi - kita tidak ada hak untuk campurtangan, dalam sebarang bentuk manifestasi atau atas sebarang dalih atau keadaan, dalam hal ehwal dalaman negara-negara lain,"tambahnya. Sebelum ini Washington pernah memberi amaran agar penyiasatan dan pendakwaan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh melibatkan politik dan perlu dijalankan mengikut undang – undang. – Malaysia Today
studying at bowling...part time
.jpg)
Nama kursus: Bowling.
Pengalaman: 6 tahun juara student
Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar teknik yang betul untuk mencapai skor yang tinggi dalam permainan boling. Penekanan akan diberikan kepada four step delivery, dan spot bowling untuk mencapai skor sempurna. Pelajar juga akan diajar supaya memahami prinsip-prinsip fizik yang terdapat dalam sukan ini.
Merangsang Pemikiran Ummah
Alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,
agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa khabar gembira kepadamu daripada-Nya,
dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat. (Huud: 1 ~3)
Manusia tidak mengetahui maksud Alif lam raa yang dimulakan pada surah ini. Hanya Allah Maha Mengetahui. Namun kita boleh nampak Kebijaksanaan Allah dalam mengatur sesuatu. Otak manusia akan terangsang bila melihat atau mendengar sesuatu kepelikan. Jadi, memulakan sesuatu surah dengan ayat yang pelik, akan membuatkan manusia tertanya-tanya. Seterusnya menarik manusia itu berfikir ayat-ayat seterusnya. Begitu psikologi yang digunakan oleh Allah agar manusia mula berfikir. Semakin selalu manusia itu hidup dengan berfikir, semakin dekat dia kepada Allah.
Islam sebenarnya adalah agama yang mengajak manusia tunduk dan berserah diri kepada Allah. Erti tunduk ini adalah kita meluangkan masa untuk berfikir mengenal tanda-tanda KekuasaanNya. Selagi kita tidak merasai KekuasaanNya dalam setiap gerak geri kehidupan kita, selagi itulah kita akan hidup dengan keadaan malas berfikir. Kita anggap selama ini dengan melaksanakan rukun-rukun Islam, kita sudah pun Islam, walhal kita hidup dengan malas berfikir sehingga tidak kenal KekuasaanNya. Akibat malas berfikir, umat Islam sekarang menjadi lemah dan mudah ditipu daya. Umat tidak tahu mencipta, tetapi membuang masa berebut kekuasaan politik, atas alasan Islam perlu ditegakkan dengan kuasa. Bila ditekan dengan kenaikan harga minyak, umat Islam marah dan menyalahkan pemimpin sendiri kerana tidak merasai yang mengizinkan harga minyak itu naik adalah Allah. Umat Islam sekarang mudah hilang sabar walhal sabar itu sebahagian daripada iman.
Bila kita nampak kepincangan umat Islam sekarang kerana budaya malas berfikir sehingga beragama secara menurut sahaja tanpa melahirkan generasi ulul albab, kita perlu sama-sama mencari jawapan agar umat tidak terus dalam keadaan lemah sebegini. Kita tidak boleh terus bergantung kepada teknologi orang lain akibat tidak tahu mencipta, sebaliknya dengan melahirkan generasi yang suka mengkaji dan meneroka, kita boleh membina kekuatan ekonomi sendiri. Apatah lagi bilangan umat Islam adalah ramai, sepatutnya kita boleh menjadi kuasa pengimbang bagi dunia supaya US tidak memonopoli dunia. Untuk menjadi pengimbang kepada US, kita perlu menjadi generasi yang banyak idea macam mereka juga, bukannya generasi otak yang lembab seperti binatang ternak.
Mungkin kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah jauh dari menyembah Allah dengan sebenar-benar sembahan walaupun selama ini kita mengaku Islam. Jika manusia itu hidup dengan bergantung kepada orang lain dan beragama secara ikut-ikutan tanpa berfikir dengan rasional, itulah tanda manusia itu bertuhankan selain daripada Allah. Bila manusia itu bertuhankan selain Allah, maka pegangannya jadi rapuh dan lemah. Kerana itu kini umat Islam jadi lemah. Tetapi jika kembali berpegang kepada Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa, sudah pasti kita jadi umat yang bijak dan banyak idea sehingga mampu mencipta pelbagai teknologi seterusnya umat Islam akan dilihat perkasa di mata dunia. Ketika itu tidaklah umat Islam diperkulikan di bumi sendiri.
Seperti sunnah yang berlaku terdahulu, bila tahap mentalitinya sesuatu bangsa itu setaraf binatang ternak sehingga hidup mereka lalai dan berpecah-belah, pasti Allah akan bangkitkan pemberi peringatan dari kalangan bangsa itu sendiri supaya mereka tidak beralasan lagi bahawa mereka tidak pernah mendengar khabar seperti ini.
Oleh itu sebelum terlewat, marilah kita kembali membangunkan generasi ulul albab yang suka mengkaji alam untuk mengenal Kekuasaan Tuhan, bukannya generasi materialistik yang mengejar kemewahan dunia untuk hidup secara lalai, malas berfikir dan bermain-main di atas muka bumi pinjaman Allah ini.
Manusia yang berfikir panjang dan secara rasional akan diberikan nikmat hidup yang tenang dan bermakna. Oleh kerana suka berfikir, ilham-ilham yang disampaikan oleh Allah digunakan untuk mencipta hidup yang indah, tenang dan damai sementara nyawa dikandung badan. Orang yang suka berfikir dan berhati tenang akan dilambatkan penuaan wajahnya kerana rasa kepuasan berfikir dan merealisasikan idea-idea yang difikirkan.
Kita semua ada akal untuk berfikir mengikut keutamaan masing-masing. Sebagai rakyat, apakah keutamaan kita? Adakah hidup kita dengan mencaci-maki pemimpin sendiri seolah-olah kita ini hebat memimpin? Sebagai pemimpin pula, mereka pun ada keutamaan yang perlu dilakukan sesuai dengan amanah yang diberikan. Bila setiap individu itu sedar keutamaan diri masing-masing dan berusaha membangunkan diri dengan mencari segala kelemahan diri untuk diperbaiki tanpa menunggu orang lain mengubah untuk kita, suatu masa nanti pasti kita mampu bangkit menjadi umat Islam yang cemerlang.
Namun, jika kita terus hidup dengan lalai dan berpaling dari peringatan supaya kembali membangunkan minda, tidak mustahil azab Allah seperti tsunami 4 tahun dahulu akan menimpa kita setelah orang Melayu mula bergaduh dan berpecah-belah kerana berebut kuasa. Mungkin kerana atas rasa bangga diri kita hidup sebagai orang Islam, kita tidak percaya yang azab Allah ini amat dekat dengan kita sebab kita fikir US dan sekutu-sekutunya itu patut diazab, padahal mereka di sisi Allah dimuliakan kerana mereka memuliakan otak mereka sendiri. Malangnya kita umat Islam sudah malas mengkaji Al Quran dengan alasan otak manusia ini terbatas. Itulah bisikan syaitan yang telah melemahkan daya pemikiran umat Islam sehingga hidup hanya menurut dan taksub sahaja.
Suami, Pimpinlah Daku Ke Syurga
Berkisar tentang…
Kisah…
Cinta terlarang…
Syurga dan neraka dalam hidup seorang isteri…
Seorang gadis yang berkorban cinta, masa depan dan hidupnya kerana wasiat dan permintaan ibu
Kisah seorang suami yang terlalu mempercayai kakak daripada isteri
Wahai suami…
Jagailah dan lindungilah…selamatkan aku…
Tanamkanlah di hatimu…
Sedikit kasih untukku…
Semailah hati ini dengan cinta yang mewangi
Hiasilah syurga kita dengan kasih sayangmu
Pimpinlah aku ke syurga
Rintihan hati seorang wanita…
Tersentuh hati ini melihat melihat sinetron ni…senang saja air mata ni nak mengalir… Moga tiada isteri di dalam dunia ini yang teraniaya seperti ini.
Untuk seorang suami…
Isteri adalah satu amanah dari Yang Maha Esa…
Pernikahan atau perkawinan,
Menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah.
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah……
Pernikahan atau pun perkawinan,
mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkawinan,
Menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamallauwajhah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh…
p/s-sajak ni saya petik dari http://maya07.wordpress.com. Dan saya telah meminta izin darinya…
p/ss-sebenarnya saya ada upload video dia dari you tube…tapi entah kenapa tak keluar masa view site. Masa edit dan save tu dia keluar…apa masalahnya yer…ada sesiapa dapat membantu??
9 Perkara Wanita Suka, Lelaki Benci
1. BARANGAN DI DALAM BILIK MANDI
Wanita : Shower cap, body scrub, foot scrub, perapi, serum rambut, masker untuk wajah, gel mandian pelbagai harum, segala jenis berus, span mandian dan pelbagai khazanah yang terdapat dalam bilik mandi. Memang agak menyemak tetapi itulah yang kaum wanita perlukan.
Lelaki : Cuma perlukan berus gigi, ubat gigi, dan sabun mandi.
2. SHOPPING
Wanita : 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup untuk kaum wanita membeli-belah. Terutamanya yang menganggap shopping in the best therapy for stressful. Mereka mencuba hingga 10 pasang pakaian dari semua gedung yang disinggah tetapi mungkin hanya membeli satu atau tidak beli langsung. “Kena survey dulu, sayang. Tak boleh nak beli terus, takut jumpa yang lebih menarik nanti menyesal pulak”, itu alasan yang kerap diberikan.
Lelaki : Singgah ke satu kedai - pilih ala kadar -bayar - balik.
3. BERBUAL
Wanita : Memang terkenal dengan sikap banyak cakap terutamanya ketika melayan kenalan. Daya pemikiran wanita mudah merangsang topik perbualan dengan pantas. Kalau dah bercakap, sudah hendak berhenti pulak tu! Terutamanya dalam bab-bab gosip.
Lelaki : Lebih suka memikirkan topik perbualan terlebih dahulu senelum menyusulkan.
4. MENANGIS
Wanita : Dengan menangis, dapat melegakan perasaan, itulah kaum wanita! Mereka mampu menangis 3-4 kali sehari! Mereka menangis kerana gembira. Mereka juga menangis kerana berduka. Perkara kecil pun boleh menangis, tengok filem Hindustan pun boleh meleleh air mata. Sebab itulah orang cakap, air mata merupakan senjata utama kaum wanita!
Lelaki : Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang begitu menyentuh lubuk hatinya.
5. KUIZ
Wanita : Bukankah ada banyak kolum-kolum berbentuk kuiz di surat khabar mahupun di majalah terutamanya yang berkaitan dengan cinta dan perhubungan? Itulah antara kegemaran kaum wanita! Mereka sentiasa teruja untuk memcubanya dan mudah terpengaruh dengan jawapan di pengakhiran kuiz tersebut.
Lelaki : Lebuh suka dengan kuiz yang menguji ketajaman minda dan mencabar.
6. KASUT
Wanita : Sering kali memiliki stok kasut yang banyak. Mereka suka membeli kasut (untuk di suai padankan dengan koleksi pakaian) dan sehinggakan tidak tahu mana satu disimpan koleksi kasut tersebut. Kasut yang mengikut trend pasti menjadi koleksinya.
Lelaki : Tidak ada kasut yang mengikut trend dan tidak memerlukan sejumlah kasut, pakai sahaja mana yang ada!
7. FAMILY GET-TOGETHER
Wanita : Wanita memang suka menghabiskan masa bersama keluarga. Mereka berpendapat, masa yang terluang elok habiskan bersama keluarga tersayang. Melakukan aktiviti bersama-sama mempu mengeratkan kasuh sayang.
Lelaki : Ada masa-masanya jugalah. Tapi senang menghabiskan masa terindah bersama rakan-rakan.
8. BUNGA DAN COKLAT
Wanita : Sangat suka dengan coklat dan bunga. Kata mereka, ada makna disebalik warna bunga ros yang dihadiahkan itu. Coklat, emmm lupakan seketika niat untuk diet! Malah coklat juga mampu mengurangkan stress.
Lelaki : Lebih sukakan benda-benda besar dan lebih bermakna seperti Tiket Formula One atau Televisyen LCD 32 inci! Biar berbaloi beb, kalau nak bagi hadiah!
9. SOAP OPERA
Wanita : Ini memang kegemaran kaum wanita. Sanggup menanti di hadapan kaca TV semata-mata mahu menonton soap opera kegemarana. Kerja-kerja rumah, diketepikan dahulu. Jangan ganggu tumpuan mereka menonton soap opera kegemarannya.
Lelaki : Ahh!!! Buang masa je layan soap opera yang kebanyakkan jalan ceritanya berbelit-belit dan tidak mencabar langsung.
Apa Yang Wanita Inginkan Dari Seorang Lelaki?
Apabila cinta mula berputik di hati wanita, apakah yang diharapkan oleh mereka ini? Mahukan kekasih lelaki sekacak Brat Pitt? Kekasih yang setia? Kekasih yang penyayang? Kekasih yang romantis? atau kekasih yang bersikap pak lawak sebagai penghibur hati? Atau mahukan kekasihnya memiliki harta dan kuasa? Atau merangkumi semua yang dinyatakan?
Cinta itu buta? Itu umpamaan yang selalu diungkapkan dalam dunia bercinta. Cinta dan kasih sayang memang merupakan perkara yang tidak lari dalam hidup ini. Malah menjadi sesuatu yang indah dan lebih bermakna dalam diri seseorang apabila cinta dan kasih sayang itu lahir dari dua hati yang saling memerlukan. Bukan paksaan. Bagaimana perasaan cinta itu datang dan terhasil dengan sendirinya? Bagaimanalah pula cinta yang sebenar yang dilahirkan itu memberikan satu petanda bahawa si dia merasakan kamu mencintainya dengan setulus hati yang ikhlas. Perasaan sayang pada si dia akan terus bercambah dan menebal apabila kedua-dua kamu saling berkongsi naluri dan perasaan. Tetapi bukan itu semua mengcukupi. Banyak lagi yang perlu kamu ketahui kehendak makhluk yang bernama “WANITA”.
WANITA ini memang memerlukan PERHATIAN. Wanita sering mendambakan belaian dan perhatian dari kekasih hatinya. Memang kalau sudah sayang apa saja akan dilakukannya. Kononnya itulah yang selalunya diungkapkan oleh orang bercinta. Kalau tidak dimanjakan sepenuhnya, jangan lupa berikan sedikit perhatian. Jangan sampai si dia terasa hati pula. Macam-macam boleh jadi. Manalah tahukan, kamu ini lebih banyak memberikan masa kepada kerjaya dan aktiviti harian anda dan selalu meminggirkan wanita kesayangan anda terabai. Korbanlah sedikit demi perhubungan anda itu. Jangan lupa bertolak ansur dalam menangani segala yang berlaku dalam perhubungan kamu itu. dan Jangan lupa, kamu harus tahu tentang latar belakangnya juga untuk mengetahui sikap sebenarnya. Oleh kerana kamu ini insan yang dekat dengannya maka si dia akan menganggap dirimu itu sebagai tempat melepaskan kasih sayang dan bermanja. Jadi inilah masanya untuk kamu mengambil kesempatan untuk memenangi hatinya. Jangan pula kamu menanggapnya sebagai mengada-ngada. Tunjukkan sikap gentlemen kamu itu!!!!
WANITA inginkan pasangan SECOCOK dan SEPADAN. Memang menjadi setiap idaman wanita mahu mencari kekasih yang secocok dan sepadan dengan mereka. Secocok dan sepadan dari segi pendidikan, pemikiran malah merupakan bonus jika mendapat kekasih yang kacak!!! Biarpun kadangk ala ada yang mengatakan tidak mementingkan paras rupa da;am mencari teman hidup tetapi jauh di sudut hati, wanita sering berharap walaupun setidak sekacak Brat Pitt setidak-tidaknya biarlah yang sedap mata memandang!!! Bukannya apa, nanti hendak dibawa masuk ke dalam keluarga, hendak tunjuk pada saudara mara. Jadi, kenapa lelaki di luar sana jika paras anda biasa-biasa sahaja, jangan pula susah hati. Yang penting jaga penampilan agar sedap mata memandang!!! Biasanya pasangan yang mempunyai taraf pendidikan yang lebih kurang sama akan lebih memahami antara satu sama lain dan tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi. Saling mengerti dan saling memahami membuatkan cinta wanita kekal dan tidak mudah luput di hati. Ini juga memudahkan mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain malah bangga wujud dalam diri jika ke mana sahaja pergi, ada yang memuji kemu merupakan pasangan ideal!!!!
WANITA mahukan pasangan yang MEMAHAMI MASALAHNYA. Kadangkala apabila kamu tiada di sisi, si dia menelefon dan akan kedengaran suaranya tidak seperti biasa seperti orang sakit ataupun bermasalah. Jadi peranan kamu adalah bertanyakan mengapa suaranya begitu. Jangan pula kamu buat tidak tahu sahaja!!!! Tentu akan menambah sakit dihatinya. Mungkin dengan cara itu dia beranggapan anda akan faham situasinya. Memang betul, bukan mudah menjaga kekasih hati. Kalau tidak mengambil berat pun susah, ambik berat pun susah. Yelah kadangkala bila terlampau caring, si dia akan mengatakan bosan dan rimas pula!!! Bila tidak ambil tahu kata tidak sayang pula!!!. Jangan risau. Paling penting jangan kamu sakiti hatinya, jika dia marah-marah baik kamu lupakan si dia buat seketika. Bukannya bermakna kamu lemah tetapi sekadar menjaga hubungan kamu dengan si dia. Jika terpaksa atau kamu merasakan kesabaran kamu teruji, cubalah menegurnya dengan cara yang paling baik supaya tidak terguris hatinya. Manalah tahu si dia akan berubah. Yang perlu kamu tahu adalah bercinta memang banyak bermain dengan emosi. Jadi jika hendak melibatkan diri dengan dunia cinta, bersiap sedia dan sabarlah banyak-banyak, jika tidak lupakan sahaja
rahsia-di-sebalik-pergerakkan-seorang-lelaki
Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.
Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.
Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.
Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.
Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai
bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.
Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.
Memandang mata
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.
Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.
Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.
Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan
perlu ke suami meminta?
Ada yang kata dah bosan dengan cara penampilan isteri yang stereotype aje bila berada di bilik tidur. Sama aje. Kalau nak lihat isteri pakai lingerie seksi, suami kena minta. Itu sebabnya saya buat tajuk "Perlukah suami minta" pada isteri supaya pakai lingerie seksi ?
Perlu ingat ! berhias untuk suami adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya. Berhias yang dimaksudkan disini bukan hanya bermakeup lawa, bedak,gincu, perfume sana sini. Memakai seksi juga dikelaskan sebagai berhias. Yang kita faham, berhias yang tu lah. Makeup,bedak, gincu, merah sana merah sini.
Ok Back to topic, "perlukah suami minta" kepada isteri supaya isteri pakai seksi dibilik tidur ?
Dengan tegas saya katakan "tidak". "Suami tak perlu minta", sebaliknya isteri memang perlu tahu. Memang fitrah lelaki, sukakan perempuan seksi. Kalau tak suka, itu bukan lelaki.
Jadi selepas ni, kita ubahlah sedikit fesyen kita semasa di bilik tidur, pelbagaikan,fesyen-fesyen kan. Sekali-sekala cubalah lingerie yang agak "nakal". Bukanlah saya suruh anda jadi nakal, cuma kita nak tambah "spice" dan sedikit kelainan dalam rumahtangga.
Tak perlulah tunggu suami minta. Anda sendiri yang pilih, apa yang sepatutnya anda pakai bila berada "bersamanya". Kalau anda sendiri yang beri, suami akan rasa dihargai, berbeza dengan apabila dia meminta, baru anda beri. Suami ada ego, dia bukan anak kecil yang suka meminta-minta.
Lebih baik anda beri sebelum dia "minta" dari orang lain.
seksi di sebalik baju kurung
Itulah antara ringkasan yang email yang saya terima, saya tau ada juga antara anda yang mempunyai masalah begini teringin nak pakai seksi tapi suami tak bagi sebab mendedahkan aurat. Untunglah anda kerana mempunyai suami yang ambil berat tentang pemakaian anda diluar rumah dan memang ianya patut pun. Lagi pun haram memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan menjadi tatapan umum. Tak pasal pasal suami dapat share sekali.
Ok, balik pada email tadi. Mula-mula anda jangan salah anggap, dalam tulisan saya, saya tidak pernah menyuruh anda mendedahkan aurat atau memakai seksi di luar rumah. Cuba cari posting-posting saya yang sebelum ni, semuanya berkenaan dalam rumah dan dihadapan suami sahaja. OK.
berbalik pada penghantar email tadi, sebenarnya tidak menjadi halangan anda hendak memakai lingerie seksi, walaupun anda bertudung dan berbaju kurung. Anda boleh memakai lingerie seksi yang sesuai sebagai pakaian dalam. Lagipun apabila anda memakai lingerie seksi sebagai pakaian dalam (g-string,thong,corset,bodystocking,thigh high stocking,teddy,high heel) anada akan merasakan satu kelainan pada diri. Anda akan merasakan satu keyakinan diri apabila anda mencuba lingerie seksi disebalik pakaian biasa anda. Tak percaya, cubalah.
Sebagai contoh. Anda boleh pakai bodystocking sebagai pakaian dalam dan diluarnya pakailah pakaian biasa atau baju kurung. Untuk yang lebih ringkas pakailah thigh high stocking ataupun backseem stocking, di luarnya pakailah baju kurung. Pakailah tudung. Pakailah yang menutup aurat. Boleh juga pakai corset untuk untuk menambahkan seksi pada bentuk badan. Pakailah juga kasut bertumit tinggi apabila keluar bersama suami. Tak kiralah pump atau stilletto (rujuk posting sebelum mengenai "jangan abaikan kaki kita")
Siapa perlu tahu apa yang ada disebalik pakaian kurung anda itu, hanya anda dan suami yang tahu. Satu tip, cuba usahakan supaya suami tahu apa yang berada disebalik pakaian kurung anda itu. Sure dia ajak balik cepat dari pejabat. Nafsu lelaki yang sememangnya mudah untuk dirangsang melihat apa yang kurang jelas. Dia suka membayangkan apa disebaliknya. Dia akan membayangkan anda hanya memakai lingerie seksi sahaja tanpa pakaian luar. Tanyalah suami anda. Tak perlu malu. Jangan tanya lelaki yang bukan muhrim pulak ye..
Kesimpulannya,
1.Jangan jadikan anda bertudung dan berbaju kurung sebagai halangan untuk anda memakai pakain lingerie seksi dan yang overdose seksi. Anda boleh pakai apa saja lingerie seksi yang bersesuai untuk diri anda dan suami
2.Masih boleh memakai lingerie seksi diluar rumah tetapi disebalik baju kurung dan tudung
3.Anda akan ada rasa keyakinan diri apabila mengenakan lingerie seksi disebalik pakaian luar.
4.Kasut bertumit tinggi menampakkan anda lebih ladylike dan feminin disamping menambah seksi dalam diri anda
5.Tutuplah semuanya apabila diluar rumah tapi serlahkan 95% dari kecantikan tubuh anda apabila bersama suami dimana 5% lagi ialah bahagian yang ditutup oleh lingerie seksi anda.
6.Lelaki adalah "visuallization creature" yang paling kreatif
7.Lelaki mudah dirangsang melalui imaginasi apabila membayangkan apa yang brada disebalik pakaian baju kurung anda
lihat gambar di atas, isteri anda berpakaian sopan begitu tetapi hanya anda yang tahu, disebaliknya, tubuhnya yang seksi di baluti dengan lingerie seksi yang boleh mengugurkan jantung anda
Berpakaian seksi punca gejala rogol,raba dsb
Kalau semuanya tak boleh kerana takut kena raba tak payahlah pakai. Jadi kita silap, disebabkan takut kena raba,takut dipanggil punca maksiat, maka terpaksalah kita tutup habis-habisan semua anggota badan. Kalau dah semua ditutup apa yang suami nampak ? Dalam blog ini, saya tidak pernah menyuruh anda memakai seksi selain dari untuk suami. Banyak kali saya tekankan perkara yang sama. Berpakaian seksi memang diharamkan di luar rumah, tetapi berpakaian seksi sangat-sangat digalakkan semasa bersama suami. Kerana tujuannya untuk memacu ghairah dia dan juga untuk menimbulkan keyakinan diri pada anda sendiri.
Apa yang berlaku sekarang adalah terbalik. Bila diluar rumah bukan main pasang badan. Berkebaya ketat ikut bentuk badan. Belah sampai ke peha. Tumit tinggi 4 inci. Siapa yang tak geram ? Naik LRT kena raba, tau pulak marah. Yang pi tunjuk buat apa ? Akibatnya , suami dapat "kuah" lebihan orang lain.
Anda tentu tau, yang ditutup sikit-sikit itulah menjadi keghairahan lelaki. Sudah kah anda membaca posting saya mengenai M.E.T ? kalau belum sila baca disana. Apa yang saya nak sampaikan ialah jangan berpakaian seksi diluar rumah, itu adalah hak suami anda sahaja. Tutuplah segala-galanya. Tapi seksilah sepuas-puasnya bila di depan suami, insyaallah hasilnya lumayan dan mendapat pahala.
Suami pun kena faham, kalau tengok isteri tu pasang badan sikit, tegur dia "awak ni pakai seksi-seksi ni untuk siapa ? Untuk saya ke, untuk orang lain ?" Isteri pun kena faham hak suami. Tubuh badan anda yang seksi tu adalah untuk suami bukan untuk tontonan umum.
Jangan kita sampai dikatakan agen maksiat. Malulah suami. Jangan marah kalau kena raba oleh orang lain kerana kita sendiri yang menjadi puncanya. Tak ada buaya yang tolak bangkai, tak ada kucing yang tolak ikan. Hatta singa tua yang tak ada gigi pun akan melompat bila disuakan daging segar padanya, Andalah daging segar tu.
Berpakain seksi tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ditempat yang betul,masa yang betul dan untuk orang yang betul. Dan begitulah sebaliknya. Jangan salahkan pakaian atau lingerie seksi itu. Terpulang kepada cara kita menggunakannya.
Sebagai contoh. Anda menggunakan handphone untuk menyebar sms fitnah. Menghantar berita-berita layang.Provokasi mengumpat dsb, adakah anda akan salahkan handphone ? Samalah macam pakaian seksi, anda kena raba,kena pegang,kena tepuk punggung, kena jeling dek lelaki lain kat betis anda yang terdedah sebab pakai kain belah sampai ke peha (kat belakang lak tu). Adakah anda akan salahkan pakaian seksi anda. Orang akan berkata "itulah kau, pakai seksi sangat, bukak sana, bukak sini. Belah sana belah sini memanglah kena raba. Lainkali jangan pakai seksi-seksi lagi. Pakaian kau tu yang sebabkan kau kena raba"
Berapa ramai yang berkata, "kau pakai seksi ni tak salah tapi yang kau pakai kat public ni apahal ? tu sebab kena raba. Kalau nak pakai seksi, pakai depan husband. Jangankan kena raba, kena "gulai" pun tak salah". Setuju.
Kesimpulannya:
1.Jangan pakai seksi di luar rumah
2.Pakai seksi abis masa kat rumah
3.Jangan salahkan pakaian seksi sebab kena raba, sebaliknya salahkan diri sendiri
4.Jangan lepaskan peluang nak pakai seksi, kerana ini adalah satu cara untuk menunjukkan aset anda yang sebenar. Cuma pakailah untuk suami.
rahsia anggun di mata suami
Sekali sekala kita perlu juga berkongsi maklumat penting berkaitan kewanitaan. Maka hari ini cheq nak berkongsi tentang satu topik penting yang tidak boleh dipandang mudah oleh kaum wanita terutama yang sudah bergelar isteri. Semua wanita bergelar isteri ingin kelihatan anggun di mata suami. Kita ingin memberi dan menerima layanan yang sebaik mungkin kepada suami. Berhias dan berpakaian cantik untuk suami adalah ibadah. Sebagai wanita muslimah dan isteri kita perlu bijak menyesuaikan penampilan diri dengan suasana dan tempat. Selain menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga dan ibu kepada anak-anak, tanggungjawab kita kepada suami lah yang paling utama.
Apabila membaca artikel bertajuk "Jangan Lupa Jadi ISTERI Setelah Bergelar IBU" di blog Miss Lingerie, cheq teringatkan suasana yg sama pernah cheq alami setelah kelahiran anak yang kedua. Penyakit utama ialah "malas dan letih". Kita begitu seronok dan leka membelai si manja kecil hingga lupa ’si manja besar’ juga perlukan belaian daripada kita. Berdosanya kita sehingga ke pagi "dilaknati Malaikat"…..mungkin kerana sering menghampakan permintaan suami akhirnya kita semakin hilang selera dan menghidapi keputihan. Terasa seperti "nikmat" itu telah ditarik olehNya.
Setelah mengenali Miss Lingerie, cheq begitu terpegun dengan keprihatinan beliau pada kepentingan hubungan intim suami isteri. Ingin mengembalikan keintiman tersebut, maka cheq mula berjinak-jinak dengan lingerie seksi. Memang mengujakan tetapi apalah ertinya penampilan yang cantik dan seksi jika "nikmat" itu tidak dapat dirasai sepenuhnya dek kerana masalah kesihatan pada organ intim. Terima kasih buat suami tercinta kerana telah memperkenalkan "fabuline capsule" kepada cheq.
Herba ajaib Dinasti Tang ini memang terbukti berjaya mengubah kesuraman menjadi keceriaan. Kehebatannya mengembalikan nostalgia malam pertama menjadikan kita bidadari di mata suami dan dicemburui oleh wanita lain.Mengapa Suami Tidak Berbual-bual Dengan Isterinya
“Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya”, satu keluhan biasa. Yang tak biasanya, “mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya”….
Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.
Seorang isteri berkata, “Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, ‘loving’, ‘caring’…. bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar…tapi dia banyak ‘ modal’ bila bersama kawan-kawannya” .
Mengapa begitu?…Sebab. ..suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.
Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan ‘good impression’. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan
apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. ..Sebab.. .mereka rasa “the’job’ is done!”
Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?…
Ada 2 sebab;
* suami itu lelaki
* isteri itu perempuanSUAMI ITU LELAKI
* Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan pencapaian.
* Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.ISTERI ITU PEREMPUAN
* Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.
Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?..Sebab. ..isteri itu seorang perempuan!
Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan,bercakap- cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh ‘bersembang’ atau ‘bergayut’ pada telefon berjam-jam lamanya.
Orang perempuan mahukan ‘good listener’ bukan ‘problem solver’. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat ‘tentang’ dan ‘untuk’ diri mereka. Fokus mereka lebih kepada
kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -’apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu’.Mereka nakkan ‘verbal attention’ yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi ‘penumpuan’ dan ‘perhubungan’ ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin. Perkahwinan
sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri.Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, ‘perbualan sihat’ tidak wujud.
BAYANGKAN bila…
* suami isteri tidak berbual-bual
* suami atau isteri tidak ‘respond’ dengan baik bila salah seorang berkata-kata * suami gagal menjadi pendengar yang baik * suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu * suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka * suami ‘diam’ di rumah tapi ‘bising’ di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat.maka BERKEMUNGKINAN. ..
* ‘tabung cinta’ suami isteri akan ‘bocor’
* isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
* isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya-mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
*isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
* isteri tidak tahu apa yang suaminya ‘is up to’ dan suami tidak tahu apa yang isterinya ‘is trying to do’
* berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.
‘ Binalah jambatan menuju hidup mulia, rumahtangga bahagia’
suami dulu dan suami kini
Jom kita lihat apa lagi perbezaan antara Suami Dahulu dan Suami Sekarang..
Suami Dahulu:
- Merupakan sumber utama pencari nafkah buat anak dan isteri. Urusan rumah tangga, mengasuh dan mendidik anak di tolak bulat-bulat ke tangan isteri. “Fifi, apa lari2 ni? Abah nak tido pun tak senang…Phang!!!..pergi nangis kat mak kamu tu..karang abah besit dengan tali pinggang ”
 - Tidak pernah mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari lahir isteri dan anak-anak. “Hari ni 12 Februari, Esok 13 Februari, Lusa 14 Februari, yang awak ni beli coklat ngan bunga sejambak ni nak buat masak apa?”
 - Amat kurang membantu isteri di rumah. “Ikut suka hati awaklah nak masak apa ayam tu. Ada otak, pikir2 sendiri..”
 - Punyai ego yang amat tinggi. Contohnya, berasa amat malu untuk membantu tugasan rumah tangga seperti menyidai pakaian. “Argh..takde kerja abang nak nyidai kain2 ni. Karang satu taman gelar awak tu Queen Control. “
 - Terlalu tegas serta tidak bijak menawan hati isteri. “Awak ni tak reti-reti nak ngemas umah? Pinggan-mangkuk tak basuh, baju bersepah2! Argh..Buat kopi kapal api pun lembab..Kalo macam ni abang balik umah bini muda lah.”
 
Suami Kini:
- Pencarian nafkah, pengurusan rumah tangga, mengasuh dan mendidik anak dilakukan bersama-sama dengan isteri tercinta. “..ayang, anak kita dah tanggal tali pusatlah yang…ayang rehatlah, biar abang pigi mandikan baby kita”
 - Pandai mengambil hati isteri dengan mengingati hari-hari istimewa seperti hari lahir, hari perkahwinan, hari pertemuan pertama dan juga hari lahir anak-anak. Pasti ada sahaja kejutan dibuat seperti menghantar hadiah seperti bunga, kek atau hadiah-hadiah yang pasti menjadi idaman isteri dan membawa makan di luar bagi meraikan hari tersebut. “..ayang suka tak, abang dah book hotel 5 bintang kat Madinah. Tahun ni, kita celebrate hari pertama ayang balas sms abang, kat sana ye? Kita terus buat umrah sekalilah ye..”
 - Ringan tulang untuk membantu isteri di rumah kerana memikirkan isteri juga penat setelah bekerja dan mencari nafkah di luar. “..ayang..abang dah masak nasi dah. air pun abang dah jerang. bawang merah, bawang putih abang dah kupas. lada kering abang blander..ayam yang abang kuarkan dah dari peti tu dah lembik abang rendam 2jam..apa kata ayang masak sambal ayam je hari ni. Senang sikit kerja ayang..”
 - Bertolak ansur dan turut menguruskan rumah tangga bersama-sama. “..hari ni biar abang mop lantai pulak.ayang sapu2lah rumah dulu ye..abang pigi bancuhkan air mop,k”
 - Mengasuh dan menguruskan anak dibuat bersama-sama isteri bagi meringankan beban isteri. “haha..ayang tau tak anak kita pancut kat muka abang masa abang tukar diaper dia. Abang rasa seronoklah pulak. Nanti anak kita berak ke, kencing ke, biar abang jelah yang handlekan,k.. “
 
pedihnyaaa...tapi?kepuasan x terhingga untuk suami..
KEGEMBIRAAN sanubari ibu mungkin tergugat dengan kelahiran anak yang disayangi.
Ramai ibu baru mengalami perasaan tidak stabil tetapi kebanyakan rungutan ini tidak berkekalan dan masih dapat ditangani.
Ketidaksaksamaan perasaan hati selepas kelahiran dikategorikan pada tiga suasana;
1. Postpartum blues atau bersedih selepas kelahiran - lazim berlaku kepada ramai ibu- ibu baru.
2. Kemurungan, kepiluan selepas kelahiran (postpartum depression) - teruk sedikit dari kesedihan selepas bersalin.
3. Psikosis selepas kelahiran atau meroyan (postpartum psychosis) - masalah jiwa yang serius dialami sesetengah ibu selepas bersalin.
Penyakit jiwa di kalangan ibu-ibu baru ini selalu dilupakan serta diabaikan. Ini boleh memberi kesan negatif terhadap tumbesaran serta kelakuan anak-anak kelak.
Penyakit jiwa ini boleh dirawat dan dalam kebanyakan kes, ibu-ibu berkenaan boleh kembali sembuh.
Kesedihan selepas bersalin
(postpartum blues)
Keluhan ini kerap berlaku pada ibu-ibu yang baru bersalin.
Masalah ini mungkin bermula sebaik sahaja kelahiran dan memuncak pada hari keempat ataupun kelima dan berterusan untuk beberapa hari berikutnya.
Kebiasaannya, masalah ini tidak berkekalan dan kembali normal dalam masa dua minggu.
Rungutan serta kesedihan ibu-ibu dengan masalah ini juga tidak mengganggu fungsi mereka sebagai seorang ibu.
Keluhan yang dialami turun naik, kadangkala menangis secara spontan dan juga rasa cemas serta ketakutan.
Kemurungan, kepiluan selepas kelahiran
(postpartum depression)
Kemurungan ini mengganggu keupayaan ibu dalam penjagaan anaknya.
Perasaan mereka pada bayi juga tidak menentu, sehinggakan mungkin mengalami penekanan jiwa yang boleh membawa kepada mencederakan bayi secara fizikal.
Ibu-ibu yang berisiko adalah mereka yang mempunyai sejarah kemurungan sebelum, semasa dan juga selepas mengandung.
Lazimnya kemurungan berlebihan selepas mengandung ini berlangsung secara perlahan-lahan sepanjang tempoh tiga bulan selepas kelahiran.
Kemurungan ini juga lebih teruk dari kesedihan postpartum blues.
Lazimnya keabnormalan ini datang secara mendadak (sekiranya dibandingkan dengan postpartum blues) dan lebih berkekalan serta banyak kerenah berbanding dengan postpartum blues.
Ibu-ibu ini mungkin menangis tanpa sebab, tidak mampu bergembira walaupun dengan kehadiran bayi, tidak boleh tidur, keletihan, kurang selera makan, dan mungkin mempunyai fikiran untuk membunuh diri.
Selain itu, mereka juga mungkin mempunyai perasaan cemas yang keterlaluan terhadap kesihatan serta keselamatan bayi.
Paling membimbangkan adalah kemungkinan hadirnya perasaan negatif serta ingin mencederakan bayinya, menyebabkan kegagalan ibu dalam penjagaan anak serta dirinya sendiri.
Psikosis postpartum
Masalah ini merupakan peringkat sakit jiwa selepas bersalin yang paling parah serta teruk tetapi keadaan ini jarang berlaku.
Mereka yang berisiko adalah mereka yang mempunyai penyakit keresahan bipolar ataupun pernah mengalami psikosis postpartum selepas bersalin sebelum itu.
Psikosis ini juga datang secara mendadak, mungkin seawal 48 hingga 72 jam selepas kelahiran dan secara amnya berlaku sekitar masa dua minggu selepas kelahiran.
Penyakit ini lebih teruk dari segi rungutan si ibu berbanding dengan dua penyakit sebelum ini.
Ibu-ibu ini mungkin tiba-tiba mempunyai perasaan gembira serta bersedihan secara berulang-ulang.
Mereka juga mungkin mempunyai halusinasi penglihatan serta pendengaran yang boleh membahayakan nyawa ibu serta bayi yang baru dilahirkan.
Kadangkala ibu-ibu dengan masalah ini akan mempunyai delusi yang mengaitkan bayi dengan sesuatu yang tidak masuk akal, seperti bayi itu jelmaan syaitan dan sebagainya.
Ibu-ibu yang menghidapi penyakit ini boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian bayi serta dirinya sendiri.
Mengenali masalah jiwa selepas bersalin
Pengamal serta penjaga kesihatan setempat perlu mempunyai pengamatan teliti terhadap mana-mana ibu-ibu baru di kawasan mereka semasa pemeriksaan susulan kesihatan sama ada ketika lawatan ke rumah ataupun di klinik-klinik.
Jangan menganggap kemurungan ataupun kesedihan ini sebagai implikasi kehadiran insan baru dan ditohmahkan sebagai insiden biasa semata-mata!
Walaupun syukur sekali ramai ibu pulih dalam jangka masa yang pendek, perlu diingat bahawa keabnormalan kelakuan serta pemikiran ini boleh kembali dan mungkin juga berterusan untuk setahun lamanya.
Memang sukar untuk kepastian pengenalan siapa yang mungkin akan mengalami keabnormalan jiwa ini.
Pengamal serta penjaga kesihatan perlu memantau ibu-ibu mengandung serta sejarah kesihatan lampau mereka.
Kadangkala, kelemahan sokongan daripada ahli keluarga juga boleh memebawa kepada penyakit kejiwaan ini.
Ketidakharmonian rumah tangga menjadi antara faktor penting yang perlu ditangani.
Keadaan-keadaan lain seperti kematian ahli keluarga terdekat, kesusahan kewangan dan juga akibat dari kehilangan upaya seperti kehilangan kerja mungkin meninggalkan kesan kepada ibu berkenaan.
Dengan kata lain, mana-mana acara kehidupan yang menzalimi kehidupan seorang ibu baru mampu mencetuskan penyakit kejiwaan ini.
Rawatan
Ibu-ibu ini perlu dirawat di hospital sementara penyakit-penyakit fizikal lain akan memerlukan ujian lanjut.
Darah akan diambil untuk melihat apa-apa kelainan yang mungkin berkaitan dengan masalah yang dihadapi.
Lazimnya doktor-doktor yang pakar dalam bidang psikiatri akan melibatkan diri dalam merawat ibu-ibu yang malang ini.
Sekiranya ubat-ubatan diberikan, doktor akan menasihati ibu-ibu ini mengenai kemungkinan kesan sampingan ubat yang digunakan pada kandungan susu badan dan akan menasihatkan mereka untuk tidak menyusu buat sementara waktu.
Ibu-ibu ini juga mungkin akan dirawat semasa mengandung lagi sekiranya mereka diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi dengan pemberian ubat antikemurungan dimulakan sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Dalam pada itu, penyakit kejiwaan ini turut berkemungkinan akan mengganggu hubungan antara ibu dan anak.
Anak-anak daripada ibu yang mengalami keabnormalan serta penyakit kejiwaan ini berisiko untuk mengalami keabnormalan kelakuan serta perangai.
Kesukaran tidur, kurang selera makan, terlampau aktif, mempunyai ledakan kemarahan berapi secara tiba-tiba dan masalah dari segi pergaulan sosial menjadi contoh masalah yang mungkin dihadapi anak yang berkaitan dengan keadaan jiwa ibu.
Anak-anak ini juga mungkin sedikit lambat dari segi fungsi kognitif badan sementara emosi mereka juga mungkin berlainan daripada biasa dan juga kelainan dari segi sosial.
Insiden kemurungan di kalangan anak-anak ini juga berkemungkinan akan meningkat.
Akhir sekali, mereka yang terdekat seperti suami, mentua dan adik-beradik mampu mengenali masalah ibu-ibu baru ini melalui sebarang perubahan yang berlaku.
Sokongan-sokongan mereka yang rapat dengan pesakit juga dapat membantu mereka pulih daripada masalah jiwa selepas bersalin.



.jpg)