Tuesday, September 30, 2008

beautiful places from Kuala Penyu

Taman Pulau Tiga
Pengenalan dan lokasi

Pulau tiga pada mulanya merupakan Hutan Simpan, bagaimana pun, kawasan tersebut telah ditawarkan sebagai Taman Negara Sabah, pada tahun 1978.

Taman Negara pulau Tiga (sekarang dikenali Taman Pulau Tiga) meliputi keluasan 39,000 ekar (15, 864 hektar). Pulau Tiga sendiri, mempunyai keluasan 1,500 ekar (607 hektar), manakala selebihnya adalah meliputi kawasan laut bunga karang termasuklah dua pulau kecil yang dikenali sebagai Pulau Kalampunian Besar dan Kalampunian Damit (Pulau Ular).

Taman Pulau Tiga, terletak di kawasan Teluk Kimanis, kira-kira 50 kilometer dari Kota Kinabalu. Pekan Kuala Penyu adalah merupakan pekan dan daratan yang terdekat dengan Taman Pulau Tiga, iaitu kira-kira 16 kilometer. Para pengunjung boleh datang ke Taman tersebut dengan menaiki bot dari Kuala Penyu. Biasanya perjalanan dengan bot memakan masa lebih kurang 25 minit. Para pelawat dari Kota Kinabalu atau W.P. Labuan, boleh menggunakan speed boat (bot laju) dan biasanya memakan masa 90 minit.

Daya tarikan yang terdapat di Taman Pulau Tiga

Selain daripada keunikan alam semulajadi yang masih belum tercemar, seperti hutan dara, tumbuhan bakau (mangrove), pantai-pantai yang berkilauan, di Taman Pulau Tiga memberi peluang kepada para pelawat untuk melihat lebih kurang 60 spesis burung, termasuklah burung Tambun (Megapodius freycinet) yang merupakan endemik species, di kepulauan Borneo. Selain daripada burung-burung, Taman Pulau Tiga juga turut dihuni oleh beberapa jenis binatang liar seperti Monyet (Maccaca Fasicularis), biawak (Eguana) dan berpuluh ribu ekor Keluang (Flying fox). Manakala di Pulau Kalampunian Damit (Pulau Ular), para pelawat dapat menyaksikan beratus-ratus ekor ular laut (Laticuda Calubrina) yang menjadi penghuni tetap di pulau tersebut. Pulau Ular (Snake Island) sejak kebelakangan ini telah menjadi tumpuan para pelawat dari luar negara.

Para pelawat yang berminat dengan hidupan laut (Marine life) pasti akan merasai satu kepuasan apabila menyaksikan beraneka jenis hidupan laut, termasuklah bunga karang, yang terdapat di Taman Pulau Tiga, dan adalah dipercayai terumbu karang ini di antara yang tercantik di dunia.

Turut menjadi daya tarikan pada para pelawat, ialah beberapa kawasan Gunung Berapi Lumpur (Mud Volcano) dan juga sarang-sarang Burung Tambun yang terdapat dipesisiran pantai.

TAMAN PULAU TIGA:

Terletak sekitar 15 km dari Kuala Penyu, terdiri daripada tiga buah pulau iaitu Pulau Tiga ( Pulau yang terbesar - seluas 607 ha, Pulau Kalampunian Besar dan Pulau Kalampunian Damit [ juga dikenali Pulau Ular ] ) dan juga perairan dan terumbu karang di sekitarnya. Taman yang meliputi kawasan seluas 15,864 ha ini telah diwartakan sebagai taman pada 1978.

No comments: