Tuesday, September 30, 2008

kenapa kita tidak gemar berurusan ngan kerajaan..?

Banyak sungguh siri2 bangsat kat blog aku ni. Hari ni aku nak citer sikit kenapa aku cakap klinik kerajaan, TM dan Putrajaya bangsat.

Klinik Kerajaan

Mcm yg korang dah tahu, bini aku mengandung anak sulung. Ok la, mcm yang ditetapkan oleh KERAjaan, aku bawa la bini aku pergi klink kerajaan untuk daftar dan pemeriksaan.

Walaupun bini aku datang awal, tp bini aku lewat diperiksa hanya kerana bini aku pertama kali datang. Erm...tak kisah la. Aku sabar lagi.

Pastu nurse je yang periksa bini aku, cek darah, tekanan darah, berat, air kencing dan lain2. Nurse cakap isteri aku kurang darah. Hemoglobin bini aku 9. Sepatutnya nurse tu bagi ubat tambah darah kat bini aku tp dia tak bagi. Alasan ubat abis. Bangangnyer alasan. Takkan stok bila dah kurang mereka tak pesan ke? Atau mereka dah pesan tp kroni KERAjaan yang dpt tender supply ubat lambat hantar? Bayangkan ubat tambah darah mmg takder langsung.

Sepatutnya juga hari tu doktor check isteri aku tp disebabkan doktor sibuk isteri aku haram dia tak check. Nurse tu suruh datang minggu depan untuk jumpa doktor. Aku sabar lagi. Minggu depan pergi klinik kerajaan, nur se tu cakap doktor takder. Tang ni memang bangsat. Dia suruh datang minggu depan pula. Kita tgk pula minggu depan macam mana. Kalo takder gak mmg aku sound la " Korang ingat bini aku mengadung anak kucing ke? "

Telekom Malaysia

Aku tak penah kutuk TM sbb aku makan budi dengan TM. Pertama sbb aku pelajar tajaan TM. Isteri aku pun pelajar tajaan TM dan sedang berkerja dengan TM. Tp kes bini aku yang sakit betul2 mencabar tahap kesabaran aku.

Polisi TM adalah, jika korang sakit dan nak cuti, korang mesti dapatkan MC di klinik atau hospital panel TM. Ok, aku sabar lagi.

Bini aku kerja di TM Cyberjaya. Di bangunan SAC, sebelah dengan bangunan TMNET Cyberjaya. Korang tahu kan?

Bangsat tak bangsat, takder satu klinik di cyberjaya yang panel dengan TM. Apa ke bangangnyer. Kalo ada pekerja TM yang kemalangan ditempat kerja, korang TM nak hantar kemana? Putrajaya? Sementara nak sampai putrajaya, si pesakit tu dah mampus kot. Buduh buat TM dan PMCare sbb tak peduli nasib perkerja.

Sign Board Putrajaya yg Bangsat

Ni lagi satu bangsat. lepas abis klinik kat cyber aku tanya, semua tak accept kat medical TM/PMCare, aku pergi pula Putrajaya, cari klinik panel kat sana. Korang mesti terfikir, aku tak cek ke dengan PMCare senari klinik panel mereka.

Aku mmg periksa senarai klinik di PMCare website. Bila aku search cyberjaya, dia keluar senarai klinik2 di Cyberjaya. Jadi aku pergi la ke klinik tu tp semuanya cakap mereka tak accept kat medical PMCare. Buduh PMCare. Kalo bukan klinik panel korang, jangan la list dalam website korang. Korang hanya mengelirukan org2 yg macam aku je.

Aku baru 3 kali pergi putrajaya, jadi di putrajaya, aku hanya berpandukan signboard. Tujuan aku janya nak mencari klinik sri permai di precint 9. Dengan konfiden, aku ikut signboard yg tulis "Precint 1-10 terus". Lalala...hati menyanyi2 seronok.

Sampai satu simpang dia tulis "Precint 1-7 kekiri" dan kalo terus g KL. tak macam haram ke? Mana pergi precint 8-10? masuk kanan ke? kanan hutan la bodoh. Argh...tensen aku. Bini aku plak mmg skt teruk. Kesian aku tgk bini aku. Aku plak dah panas sbb sesat dlm putrajaya. Berapa kali tawaf, Alhamdulillah baru jumpa precint 9. 2 kali pusing precint 9 baru jumpa klinik Sri Permai.

Alhamdulillah layanan di klinik sri permai tu bagus. Doktor dia pun amik berat ttg keadaan isteri aku dan anak dalam kandungan. Siap dia tanya nak scan ke tak. Hehe... hati aku terus sejuk dan lupakan kes2 bangsat td bila tgk anak aku yg dalam perut bini aku di mesin scanner tu. hai...comel anak aku.

Doktor Sri Permai juga periksa isteri aku dengan teliti tak mcm klinik kerajaan dan klinik yang aku pergi di putra perdana pada pkl 1 pagi tu. Isteri aku dan baby dlm perut mmg dapat layanan yg bagus la. Kira mmg berbeza dgn klinik aku pergi sblm ni. Doktor juga periksa air kencing bini aku dan dia sahkan bini aku ada kencing kotor. Bukan tu sahaja, doktor tu juga terkejut bila tau homoglobin isteri aku hanya 9 sedangkan kalo normal patut 11. Dan dia ckp jgk, kalo 8 leh kena tahan wad sbb rendah. Dia bagi ubat tambah darah sbb klinik KERAjaan tak bagi pun ubat tu kat bini aku. Cinabeng lu klinik keraJAAN.

Macam2 ubat dia bagi tp Alhamdulillah semuanya pree. After all, TM gn PMCare takder la teruk sgt. Gege...

Satu je pesan aku kat para suami, kalo isteri mengandung, jgn la harap sgt kat klinik KERAjaan sbb klinik2 tu pun dikendalikn oleh KERAjaan. Aku betul2 marah sbb mereka tak peduli pun dgn keadaan isteri aku. Pastu siap leh buat janji kosong.Suruh datang minggu depan checking tp bila datang suruh dtg pula minggu depan. Agaknya selagi dunia tak kiamat, dok asyik ckp datang minggu depan je kot.

Sepatutnya kerajaan bertanggungjawap menyediakan ubat yg cukup kepada rakyat. Bukan tu je, pendidikan juga harus 100% percuma. Tu semua tanggungjawap kerajaan. andai kater kerajaan dpt laksakan 2 perkara ni dgn baik, kalo nak tarik subsidi minyak pun aku tak kisah.

No comments: