Tuesday, September 30, 2008

seksi di sebalik baju kurung

Saya terima satu email dari seorang pembaca. Katanya beliau memangteringin nak jadi seksi kerana yakin dia mempunyai figure yang menarik, walaubagaimanapun hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana beliau bertudung dan hanya memakai baju kurung bila ke pejabat.

Itulah antara ringkasan yang email yang saya terima, saya tau ada juga antara anda yang mempunyai masalah begini teringin nak pakai seksi tapi suami tak bagi sebab mendedahkan aurat. Untunglah anda kerana mempunyai suami yang ambil berat tentang pemakaian anda diluar rumah dan memang ianya patut pun. Lagi pun haram memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan menjadi tatapan umum. Tak pasal pasal suami dapat share sekali.

Ok, balik pada email tadi. Mula-mula anda jangan salah anggap, dalam tulisan saya, saya tidak pernah menyuruh anda mendedahkan aurat atau memakai seksi di luar rumah. Cuba cari posting-posting saya yang sebelum ni, semuanya berkenaan dalam rumah dan dihadapan suami sahaja. OK.

berbalik pada penghantar email tadi, sebenarnya tidak menjadi halangan anda hendak memakai lingerie seksi, walaupun anda bertudung dan berbaju kurung. Anda boleh memakai lingerie seksi yang sesuai sebagai pakaian dalam. Lagipun apabila anda memakai lingerie seksi sebagai pakaian dalam (g-string,thong,corset,bodystocking,thigh high stocking,teddy,high heel) anada akan merasakan satu kelainan pada diri. Anda akan merasakan satu keyakinan diri apabila anda mencuba lingerie seksi disebalik pakaian biasa anda. Tak percaya, cubalah.

Sebagai contoh. Anda boleh pakai bodystocking sebagai pakaian dalam dan diluarnya pakailah pakaian biasa atau baju kurung. Untuk yang lebih ringkas pakailah thigh high stocking ataupun backseem stocking, di luarnya pakailah baju kurung. Pakailah tudung. Pakailah yang menutup aurat. Boleh juga pakai corset untuk untuk menambahkan seksi pada bentuk badan. Pakailah juga kasut bertumit tinggi apabila keluar bersama suami. Tak kiralah pump atau stilletto (rujuk posting sebelum mengenai "jangan abaikan kaki kita")

Siapa perlu tahu apa yang ada disebalik pakaian kurung anda itu, hanya anda dan suami yang tahu. Satu tip, cuba usahakan supaya suami tahu apa yang berada disebalik pakaian kurung anda itu. Sure dia ajak balik cepat dari pejabat. Nafsu lelaki yang sememangnya mudah untuk dirangsang melihat apa yang kurang jelas. Dia suka membayangkan apa disebaliknya. Dia akan membayangkan anda hanya memakai lingerie seksi sahaja tanpa pakaian luar. Tanyalah suami anda. Tak perlu malu. Jangan tanya lelaki yang bukan muhrim pulak ye..

Kesimpulannya,

1.Jangan jadikan anda bertudung dan berbaju kurung sebagai halangan untuk anda memakai pakain lingerie seksi dan yang overdose seksi. Anda boleh pakai apa saja lingerie seksi yang bersesuai untuk diri anda dan suami

2.Masih boleh memakai lingerie seksi diluar rumah tetapi disebalik baju kurung dan tudung

3.Anda akan ada rasa keyakinan diri apabila mengenakan lingerie seksi disebalik pakaian luar.

4.Kasut bertumit tinggi menampakkan anda lebih ladylike dan feminin disamping menambah seksi dalam diri anda

5.Tutuplah semuanya apabila diluar rumah tapi serlahkan 95% dari kecantikan tubuh anda apabila bersama suami dimana 5% lagi ialah bahagian yang ditutup oleh lingerie seksi anda.

6.Lelaki adalah "visuallization creature" yang paling kreatif

7.Lelaki mudah dirangsang melalui imaginasi apabila membayangkan apa yang brada disebalik pakaian baju kurung anda

lihat gambar di atas, isteri anda berpakaian sopan begitu tetapi hanya anda yang tahu, disebaliknya, tubuhnya yang seksi di baluti dengan lingerie seksi yang boleh mengugurkan jantung anda

No comments: