Tuesday, September 30, 2008

Suami, Pimpinlah Daku Ke Syurga

Berkisar tentang…

Kisah…
Cinta terlarang…
Syurga dan neraka dalam hidup seorang isteri…
Seorang gadis yang berkorban cinta, masa depan dan hidupnya kerana wasiat dan permintaan ibu
Kisah seorang suami yang terlalu mempercayai kakak daripada isteri

Wahai suami…
Jagailah dan lindungilah…selamatkan aku…
Tanamkanlah di hatimu…
Sedikit kasih untukku…
Semailah hati ini dengan cinta yang mewangi
Hiasilah syurga kita dengan kasih sayangmu
Pimpinlah aku ke syurga

Rintihan hati seorang wanita…

Tersentuh hati ini melihat melihat sinetron ni…senang saja air mata ni nak mengalir… Moga tiada isteri di dalam dunia ini yang teraniaya seperti ini.

Untuk seorang suami…

Isteri adalah satu amanah dari Yang Maha Esa…
Pernikahan atau perkawinan,
Menyingkap tabir rahsia.

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah.

Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah……
Pernikahan atau pun perkawinan,
mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,

Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkawinan,
Menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justru kamu akan tersentak dari alpa,

Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamallauwajhah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh…

p/s-sajak ni saya petik dari http://maya07.wordpress.com. Dan saya telah meminta izin darinya…

p/ss-sebenarnya saya ada upload video dia dari you tube…tapi entah kenapa tak keluar masa view site. Masa edit dan save tu dia keluar…apa masalahnya yer…ada sesiapa dapat membantu??

No comments: